Pilih pemimpin ada kuasa eksekutif - Azmin - Utusan Malaysia

Pilih pemimpin ada kuasa eksekutif – Azmin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Sept. – Ahli-ahli PKR digesa memilih pemimpin yang mempunyai kuasa eksekutif di dalam kerajaan dan bukannya memilih penganggur.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ahli parti juga perlu memilih pemimpin yang umpama diam-diam berisi dan bukannya tin kosong yang gemar membuat tuduhan tetapi tidak berisi.

“Hal demikian ini kerana reformasi bukannya milik sendirian berhad, ia milik rakyat. Ada budak kecil dua tiga ekor (orang) yang hendak pertikaikan kesetiaan saya pada perjuangan ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Timbul pula (mereka yang) datang dari estet atau belukar mana yang minta Azmin buktikan kesetiaan kepada parti,” katanya seperti dipetik portal Free Malaysia Today, hari ini.

Mohamed Azmin akan dicabar bekas Ahli Parlimen Pandan, Mohd. Rafizi Ramli bagi jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu yang dijadualkan bermula 14 September hingga 13 Oktober ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini