PARIS 29 Sept. – Pemain berpengalaman Eropah, Sergio Garcia dan Ian Poulter mempamerkan aksi cemerlang dalam kempen Piala Ryder apabila membantu pasukan mereka meraih kemenangan dalam acara foursomes untuk keputusan 5-3 mendahului Amerika Syarikat ketika ini di Le Golf National, hari ini. Dalam saingan foursome, pasukan Eropah meraih kemenangan dengan keputusan 4-0 selepas ketinggalan 1-3 dalam aksi pembukaan fourballs. Percaturan kapten pasukan Eropah, Thomas Bjorn memasukkan pilihan wildcard, Poulter, Garcia…










