Piala AFC B-16: Malaysia belasah Tajikistan 6-2 - Utusan Malaysia

Piala AFC B-16: Malaysia belasah Tajikistan 6-2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Malaysia memulakan saingan Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 16 Tahun (B-16) dengan kemenangan bergaya apabila menundukkan Tajikistan 6-2  pada aksi pembukaan Kumpulan A di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Skuad bimbingan Ketua jurulatih, Lim Teong Kim itu tampil  dengan persembahan terpuji apabila mendahului 3-0 pada separuh masa pertama, sebelum menambah tiga gol pada babak kedua perlawanan sekali gus mengesahkan kemenangan dan meraih tiga mata berharga.

Penyerang Luqman Hakim Shamsudin antara pemain yang mencuri tumpuan selepas meledak empat gol untuk memberikan Malaysia permulaan sempurna dalam misi memburu slot ke Piala Dunia 2019 Bawah 17 Tahun (B-17) di Peru.

Pemain negara Luqman Hakim Shamsudin (tengah) melepaskan rembatan ketika diasak penjaga gol Tajikist
Pemain negara Luqman Hakim Shamsudin (tengah) melepaskan rembatan ketika diasak penjaga gol Tajikistan, Mukhriddin Khasanov pada Kejuaraan B-16 AFC 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini. – Foto Bernama

Pada aksi itu, gol pembukaan Malaysia dijaringkan Luqman Hakim pada minit ke-30 sebelum Muhammad Najmudin Akmal menjadikan kedudukan 2-0, tiga minit kemudian menerusi sepakan penalti selepas Luqman Hakim dijatuhkan pemain lawan dalam kawasan kotak penalti.

Malaysia terus melancarkan serangan ke kubu pertahanan Tajikistan dan berhasil meledak gol ketiga hasil jaringan Luqman Hakim pada minit ke-42 untuk selesa berada di hadapan pada separuh masa pertama.

Malaysia terus ghairah memburu jaringan pada babak kedua perlawanan, menyaksikan Luqman Hakim berjaya mencipta hatrik selepas menjaringkan gol keempat negara pada minit ke-46 sebelum sekali lagi meledak gol pada minit ke-66 untuk menjadikan kedudukan 5-0.

Tajikistan akhirnya berjaya membolosi gawang Malaysia menerusi sepakan penalti pada minit ke-72 oleh Rahmatov Sharifbek, namun Malaysia melebarkan jurang jaringan empat minit kemudian menerusi Muhamad Alif Mutalib juga menerusi sepakan penalti.

Antara aksi menarik pemain negara ketika menentang Taijikistan petang tadi. - Foto FAM
Antara aksi menarik pemain negara ketika menentang Taijikistan petang tadi. – Foto FAM

Seakan perlawanan berakhir dengan keputusan 6-1, Tajikistan sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti yang berjaya disempurnakan Zairov Islom pada minit ke-90 setelah penjaga gol negara, Sikh Izhan Nazrel dilayangkan kad merah susulan terjahan keras ke atas pemain lawan.

Malaysia akan berdepan Thailand pada aksi kedua Ahad ini, sebelum melengkapkan jadual aksi peringkat kumpulan bertemu Jepun, Rabu depan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN