Pi mai pi mai tang tu - Utusan Malaysia

Pi mai pi mai tang tu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
SEJAK berlaku peralihan kuasa Kerajaan Pusat dan kebanyakan negeri pada Mei lalu, saya masih menanti-nanti perubahan sejati yang dijanjikan dan dilaungkan sepanjang tempoh ahli politik berkempen dahulu.

Memang ada satu atau dua perkara yang sudah dilaksanakan seperti menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST) tetapi diganti pula dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dikitar semula.

Paling memeningkan bila kebanyakan kenyataan dan keputusan dibuat pusingan U. Lebih teruk lagi menteri-menteri juga boleh ‘memusingkan’ keputusan Perdana Menteri seperti dalam isu pembatalan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan larangan pembelian rumah oleh warga asing.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam menanti perancangan masa depan di bawah kepimpinan baharu ini, rata-rata pemimpin negeri dan negara nampaknya sekadar ‘menjenamakan semula’ atau cuma menukar nama produk dan inisiatif pemimpin terdahulu.

Pi mai pi mai tang tu juga, mungkin anggota kerajaan baru ini sebenarnya masih rindukan kedudukan mereka sebagai pembangkang seperti dahulu.

PENING LALAT

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini