KOTA KINABALU – Kesemua ahli Pakatan Harapan (PH) perlu memastikan kerusi Parlimen Port Dickson, Negeri Sembilan menjadi milik bakal Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, komitmen dalam kalangan ahli PH diperlukan untuk memastikan kemenangan gabungan itu di Port Dickson.
“Saya mengajak kesemua ahli parti termasuk Pakatan Harapan untuk memastikan kerusi parlimen di Port Dickson kekal di tangan Pakatan Harapan,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan tertutup bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR negeri di sini semalam.
Pada Khamis lalu, Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan beliau mengosongkan kerusi Parlimen Port Dickson bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding di kerusi tersebut.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










