BANGI – Pakatan Harapan (PH) kekal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan hari ini dengan memperoleh majoriti undi sebanyak 18,533. Calon PH, Wong Siew Ki memperoleh undi sebanyak 22,508 menewaskan calon MCA, Tan Chee Teong dengan jumlah undi sebanyak 3,975. Pengumuman keputusan rasmi tersebut diumumkan Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Rosli Othman kira-kira pukul 8.50 malam di Dewan Utama Demesne,…










