PGA Batalion 11 tumpaskan cubaan seludup 120 guni pakaian terpakai - Utusan Malaysia

PGA Batalion 11 tumpaskan cubaan seludup 120 guni pakaian terpakai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 11 berjaya menumpaskan cubaan menyeludup keluar pakaian terpakai atau ‘bundle’ menerusi satu operasi di sempadan Malaysia-Indonesia berhampiran Kampung Stass, Bau dekat sini semalam.

Dalam operasi kira-kira pukul 4 petang itu, anggota PGA berjaya menahan tiga lelaki tempatan yang disyaki membawa 120 guni pakaian terpakai dengan menggunakan dua buah lori.

Difahamkan, jarak antara lokasi tangkapan dan sempadan Malaysia-Indonesia adalah kira-kira 200 meter.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 11, Superintendan Rosdi Inai berkata, kejayaan operasi itu merupakan hasil maklumat awam dan risikan yang dilakukan pihaknya sebelum ini.

Menurutnya, ketiga-tiga suspek yang berusia antara 20 hingga 40 tahun itu ditahan kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen sah mengenai muatan pakaian terpakai terbabit.

“Hasil pemeriksaan lanjut pihak kita telah menemui sebanyak 120 guni yang disembunyikan di bahagian belakang dua buah lori berkenaan.

“Kesemua rampasan kemudiannya disita sebelum diserahkan kepada pihak kastam untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat PGA Sarawak di sini hari ini.

Katanya, anggaran nilai rampasan kesemua barangan termasuk dua buah lori itu adalah sebanyak RM190,000. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini