Petani lahir rasa lega terima bantuan RM88,800 - Utusan Malaysia

Petani lahir rasa lega terima bantuan RM88,800

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH 24 Sept. – Kira-kira 140 petani daripada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tiga Daerah, di sini, berjaya mendapatkan bantuan berjumlah RM88,800 hari ini menerusi Skim Bantuan Khas Pesawah Sementara Menunggu Hasil Tuaian selepas proses rayuan dibuat.

Pengurus Besar PPK berke­naan, Asri Abdullah berkata, petani tersebut sepatutnya me­nerima skim bantuan itu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

“Namun, nama mereka terkeluar daripada senarai penerima di bawah fasa pertama.

“Permohonan mereka akhir­nya diterima dan diluluskan selepas membuat rayuan menerusi Pejabat Pertanian Pasir Puteh,” katanya selepas majlis penyerahan bantuan berkenaan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Asri berkata, golongan itu terdiri daripada petani dari enam kampung iaitu Kampung Telipot, Kampung Kandis, Kampung Jeram, Kampung Gong Kelih, Kampung Surau dan Kampung Batu Hitam yang mengusahakan bendang padi seluas lebih 200 hektar.

Katanya, petani terbabit ma­sing-masing menerima bantuan itu sebanyak RM600 bagi meri­ngankan beban mereka mengusahakan semula sawah terutama pada musim tengkujuh yang dijangka bermula pada bulan depan.

Sementara itu seorang pe­nerima, Mohd Bakari Salleh, 73, berkata, bantuan itu dapat me­ringankan beban untuk mengerjakan sawahnya seluas 10 hektar di bendang Kampung Surau yang kini memasuki musim membajak sawah.

“Dengan bantuan itu se­ku­rang-kurangnya dapat me­ngurangkan sedikit beban per­belanjaan upah membajak yang semakin meningkat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN