PARIS 20 Sept. – Sekumpulan saintis telah membangunkan sebuah pesawat luncur boleh terbang sendiri menggunakan mesin untuk belajar terbang dalam aliran udara naik ke atas. Saintis menyatakan eksperimen berkenaan membantu memahami bagaimana burung berhijrah. Burung yang hendak terbang tinggi memerlukan laluan udara panas untuk terbang lebih tinggi tanpa perlu mengepakkan sayapnya. Untuk melihat bagaimana burung menggunakan laluan udara berkenaan, para penyelidik dari Universiti California San Diego memasang pesawat tersebut dengan komputer bagi membolehkannya menukar arah laluan berdasarkan pengukuran masa sebenar. Untuk membantu mengemudi dalam persekitaran yang sentiasa berubah, mereka menggunakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya