KUALA LUMPUR 29 Sept. – Semangat perjuangan demi sebuah parti keramat UMNO tidak pernah luntur dalam diri seorang ibu meskipun terpaksa membawa anak sulungnya yang baharu berusia dua bulan. Naib Ketua Puteri Bahagian Taiping, Rasidah Katat, 29, berkata, bayi sulung yang diberi nama Mohd. Hafiz Irfan Mohd. Hilme itu sentiasa dibawa kemana-mana sejak daripada dalam kandungan sehinggalah ke Persidangan Agung UMNO 2018 ini. “Saya datang bersama anak dan kawan-kawan perwakilan…










