Pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahap sihat - Utusan Malaysia

Pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahap sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Sept.- Peningkatan kadar upah pada paras 6.5 peratus serta kadar pengangguran serendah 3.4 peratus merupakan petanda bahawa pertumbuhan ekonomi negara berada pada tahap yang sihat.

Ketua Ekonomi MIDF Amanah Investment Bank Bhd., Dr. Kamarudin Mohd. Nor berkata, selain itu, kadar inflasi dijangka terus berada pada paras rendah didorong oleh polisi semasa kerajaan,

“Pada masa sama, ancaman perang perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China serta peningkatan kadar faedah semasa di AS memberi kesan kepada ekonomi negara dalam jangka waktu sederhana.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Faktor ini memberi kesan negatif kepada perdagangan global serta mewujudkan sentimen negatif kepada ekonomi membangun dan ini juga memberikan tekanan pada pasaran kewangan dan nilai ringgit,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini, hari ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan semalam menyatakan, kerajaan Pakatan Harapan (PH) berusaha melaksanakan segala janji yang termaktud dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, apabila situasi kewangan negara bertambah baik.

Dalam pada itu, Kamaruddin menambah, tempoh yang diperlukan untuk memastikan keadaan ekonomi kembali stabil adalah bergantung kepada perkembangan semasa sektor luar.

“Seperti yang dinyatakan kerajaan, segala perancangan bakal dilaksanakan apabila keadaan kewangan negara mengizinkan. Segala pelaksanaan program dan inisiatif tersebut adalah terpulang kepada dasar semasa dan keutamaan kerajaan,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini