Pertaruhan Emery menjadi - Utusan Malaysia

Pertaruhan Emery menjadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 3 Sept. – Alexandre Lacazette yakin gandingannya bersama Pierre-Emerick Aubameyang akan terus melakar keputusan positif selepas mereka membantu Arsenal menang 3-2 ke atas Cardiff dalam saingan Liga Perdana Inggeris semalam.

Lacazette muncul wira skuad Gunners apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-81 selepas menerima umpanan cantik daripada Lucas Torreira.

Strategi Unai Emery untuk menyenaraikan kedua-dua pemain dalam kesebelasan utama buat julung kalinya musim ini tampak berhasil.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum ini, ketibaan pemain termahal kelab Aubameyang daripada Borussia Dortmund pada Januari lalu telah meletakkan Lacazette sebagai pilihan kedua.

“Bagi saya, adalah penting untuk bermula dengan baik. Saya mahu membuktikan kepada jurulatih bahawa saya boleh berada dalam kesebelasan utama.

“Saya fikir saya telah memberikan segalanya yang terbaik dan saya gembira,” kata Lacazette kepada Sky Sports selepas perlawanan itu.

Gunners berada di depan seawal minit ke-11 menerusi jaringan Shkodran Mustafi namun Victor Camarasa menyamakan kedudukan pada minit ke-45.

Skuad kendalian Emery kembali mendahului permainan hasil jaringan Aubameyang pada minit ke-62 namun kedudukan tersebut tidak bertahan lama apabila tuan rumah sekali lagi menjaringkan gol penyamaan menerusi tandukan Danny Ward lapan minit kemudian sebelum Lacazette mengesahkan kemenangan Arsenal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini