Dua petugas giat melakukan kerja-kerja persiapan akhir menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2018 yang berlangsung dari 28 hingga 30 September di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala, Lumpur. Perhimpunan agung ini dijangka akan disertai seramai 5,739 perwakilan dari seluruh negara. Ia juga merupakan perhimpunan pertama selepas Barisan Nasional tidak lagi memerintah kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei Lalu.










