Persaraan ketua komunikasi korporat kementerian kewangan - Utusan Malaysia

Persaraan ketua komunikasi korporat kementerian kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
Seluruh warga Kementerian Kewangan melalui ruangan ini menyampaikan ucapan dan penghargaan selamat bersara kepada Ketua Komunikasi Korporat Kementerian Kewangan, Amidah Hamim, 58.

Amidah yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Sarjana Komunikasi Korporat Universiti Putra Malaysia. Memulakan perkhidmatanya pada 15 Januari 1986 di Kementerian Pelajaran sebagai Pegawai Perhubungan Awam kader Jabatan Penerangan.

Dari Kementerian Pelajaran khidmatnya diperlukan di Kementerian Perusahaan Awam.Beliau dinaikkan pangkat selanjutnya meneruskan perkhidmatanya di Kementerian Penerangan selama 16 tahun. Beliau telah dinaikan pangkat lagi dan dar 2009 hingga 4 September 2018 beliau menerajui Unit Komunikasi Korporat di Kementerian Kewangan sebelum bersara secara pilihan pada 4 September lalu

Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau banyak memberi sumbangan dan khidmat bakti khususnya dalam bidang Perhubungan Awam Sektor Awam.

YOSRI ABU MAHSIN

Pegawai Perhubungan Awam

Kementerian Kewangan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN