KOTA BHARU 4 Sept. – Perpustakaan Tok Kenali, Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu di Pengkalan Chepa di sini membuka peluang seluasnya kepada masyarakat umum menggunakan kemudahan di perpustakaan tersebut. Ketua Unit Perpustakaan, Maziah Mohd. Rashid berkata, perpustakaan itu mempunyai lebih 50,000 koleksi meliputi pelbagai bidang terutamanya pendidikan dan sering menjadi rujukan banyak pihak termasuk dari luar negeri ini. Beliau berkata, pihaknya amat mengalu-alukan kehadiran orang ramai tanpa mengira…










