Permintaan menu daging anjing meningkat - Utusan Malaysia

Permintaan menu daging anjing meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH 10 Sept. – Permintaan terhadap menu maka­nan berasaskan daging anjing di Kemboja dilaporkan sema­kin meningkat dan keadaan itu dibimbangi menjejaskan alam se­ki­tar, tahap kesihatan dan populasi haiwan berkenaan.

Channel News Asia melaporkan, stigma pernigaan menjual daging anjing yang dulunya dipandang jijik kini bertukar menjadi tumpuan pelbagai pihak termasuk pelancong asing yang datang ke negara ini.

Di sekitar bandar raya ini sehinggalah ke kawasan pedalaman di seluruh Kemboja, terdapat ba­nyak restoran yang menghidang­kan daging anjing bagi meme­nuhi selera orang ramai.

Biarpun tiada data rasmi, me­nu­rut sumber kepada Channel News Asia, permintaan dan jumlah pembukaan restoran yang menghidangkan daging anjing semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Menurut seorang peminat da­ging anjing yang enggan dikenali berkata, daging haiwan tersebut diibaratkan seperti ubat yang boleh menyihatkan badan dan lebih lazat berbanding daging khin­zir.

Dalam pada itu, timbul ba­nyak laporan yang dilakukan penduduk tempatan berhubung haiwan peliharaan mereka ter­utamanya anjing dicuri dan di­percayai dibunuh untuk dijadikan hidangan di restoran.

Berdasarkan sumber yang di­pe­roleh daripada Humane Socie­ty International (HSI), dianggarkan kira-kira 30 juta anjing di seluruh rantau Asia termasuk China dan Korea Selatan dibunuh setiap tahun untuk dijadikan hidangan makanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN