JOHOR BAHRU 30 Sept. – Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Luciano Figueroa mengangkat Safawi Rasid sebagai pemain terbaik dalam kancah liga Malaysia selepas penyerang itu meledak dua gol membantu pasukannya menewaskan Pahang 2-0 dalam suku akhir kedua Piala Malaysia, semalam. Kemenangan itu membolehkan JDT, yang turun selaku juara bertahan mara ke separuh akhir menerusi agregat 3-1. Menurut Figueroa, prestasi Safawi berada pada tahap yang memberangsangkan dan yakin pemain itu…










