KUALA LUMPUR 7 Sept. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tuduhan bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz yang kononnya setiap inci tanah berjumlah 40,000 hektar milik Kementerian Pertahanan dan tentera telah diswastakan kepada tiga individu adalah tidak benar. Dalam masa sama, beliau turut mempersoalkan mengapa masa tiga bulan diperlukan Rafidah bagi mengesahkan dakwaan tersebut. “Saya juga berhak untuk bersuara bagi mempertahankan diri dan parti…










