KANGAR – Hujan lebat berserta angin kencang yang membadai negeri ini malam kelmarin menyebabkan sebanyak 139 rumah rosak manakala 192 pokok tumbang. Turut tumbang dalam kejadian bermula pada puku1 10 malam itu ialah dua pintu gerbang iaitu di Repoh di sini dan Jalan Santan dekat Arau. Kedua-dua pintu gerbang itu telah dialihkan untuk memudahkan laluan trafik. Lebih menyedihkan, empat mangsa turut terkorban ketika negeri itu dilanda hujan dan ribut kencang.…










