KUALA LUMPUR – Cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus kekal dikenakan ke atas pengguna telekomunikasi pascabayar seperti yang dilaksanakan semasa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) hanya termaktub kepada warganegara yang menggunakan kad prabayar sahaja. “Kad prabayar selalunya digunakan golongan pendapatan rendah dan pengecualian ini diberikan untuk membantu golongan tersebut,” katanya pada sidang media sempena majlis taklimat ‘SST bersama Menteri…










