Perkeso bantu balu jurukimpal - Utusan Malaysia

Perkeso bantu balu jurukimpal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 23 Sept. – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menye­rahkan sumbangan faedah pencen penakat kepada Saswati Said, 42, balu kepada seorang jurukimpal, Zaidi Sulaiman, 44, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 23 Ogos lalu.

Pengarah Perkeso negeri, Tong Sing Chuan berkata, Saswati layak menerima skim pencen ilat sebanyak RM827 sebulan sepanjang hayat, manakala empat anaknya yang berumur antara sembilan hingga 17 tahun menerima bayaran sehingga berumur 21 tahun.

“Sekiranya anak-anaknya meneruskan pe­ngajian, bayaran ini akan diteruskan sehingga mereka menamatkan pengajian di pe­ringkat ijazah pertama.

“Pada masa sama, Perkeso juga menyediakan faedah pe­ngu­rusan jenazah sebanyak RM2,000 di bawah skim pencen ilat kepada waris,” katanya ditemui di rumah Saswati di Jalan Delima 7, Taman Kota Masai, Pasir Gudang, di sini baru-baru ini.

Cek sumbangan faedah pe­ngurusan jenazah dan pencen ilat itu disampaikan oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.

Sementara itu, Saswati ber­syu­kur atas sumbangan tersebut dan merancang akan menjalankan perniagaan dalam talian secara kecil-kecilan bagi membesarkan anak-anaknya.

“Saya bercadang untuk menjalankan perniagaan online menjual pakaian kanak-kanak selepas melahirkan anak saya ini,” katanya yang kini mengandung empat bulan.

Suaminya meninggal dunia ketika melakukan kerja-kerja kimpalan di Tanjung Puteri Golf Resort, Pasir Gudang akibat serangan jantung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN