Perhimpunan Agung UMNO 2018 definisikan semula perjuangan parti  - Utusan Malaysia

Perhimpunan Agung UMNO 2018 definisikan semula perjuangan parti 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Perhimpunan Agung UMNO 2018 yang bakal berlangsung pada 29 hingga 30 September  ini merupakan wadah terbaik bagi parti itu mendefinisikan semula ideologi demi kepentingan kaum Melayu.

Ketua UMNO Bahagian Kangar yang juga merupakan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man berkata, parti itu perlu diberi nafas baharu oleh pemimpinnya dalam konteks untuk mendapatkan kembali keyakinan rakyat secara keseluruhannya. 

“Perhimpunan ini merupakan medan terbaik untuk UMNO membina semula imej sebagai sebuah pertubuhan politik yang memperjuangkan bukan sahaja nasib kaum Melayu, Bumiputera malah kaum-kaum lain juga.

“Pada masa sama, ia juga penting untuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk menunjukkan hala tuju parti yang sudah tentu ini amat dinanti-nantikan oleh ahli-ahli.

“Sekiranya perkara ini dilaksanakan, tidak mustahil UMNO akan kembali berkuasa pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Wanita 2018 Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) Peringkat Negeri di Dewan Warisan di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi NCWO negeri, Datuk Mastika Junaidah Husin.

Berhubung dakwaan terdapat wakil-wakil rakyat UMNO dan BN yang mengadakan perbincangan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk membentuk kerajaan baharu, Azlan dengan nada sinis berkata, khabar angin itu hanya strategi pihak tertentu untuk menimbulkan kegusaran kepada UMNO.

Kosmo! melaporkan kelmarin, Setiausaha Bersatu Negeri, Wan Saiful Wan Jan berkata, Pakatan Harapan berkemungkinan membentuk kerajaan di Perlis apabila pemimpin serta wakil BN dikatakan bakal melompat parti. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×