Perenang Johor pecah rekod kebangsaan - Utusan Malaysia

Perenang Johor pecah rekod kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Perenang dari Johor, Tia’a Faang Der membuat kejutan apabila memecah rekod kebangsaan acara 400 meter (m) rampaian individu lelaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 Perak di Pusat Akuatik Tuanku Zara di sini hari ini.

Lebih menakjubkan, perenang berumur 20 tahun itu melakukan catatan masa empat minit 30:48 saat memadam rekod kejohanan empat minit 34.14s berusia 16 tahun milik perenang dari Sarawak, Die Uang Manggan pada 2002 di Sabah dengan catatan masa 4:34.14s.

Rekod kebangsaan sebelum ini dipegang oleh Sebastian Soo pada kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Asean pada Julai lalu dengan catatan masa 4:30.85s.

“Saya hanya sasar untuk pecah rekod terbaik saya sahaja iaitu 4:42:49s dan tidak sangka boleh pecahkan rekod kebangsaan.

“Untuk SUKMA ini satu lagi acara yang akan saya sertai iaitu 200m kuak kupu-kupu lelaki dan saya sasarkan emas juga,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN