Perdana Menteri tiba di Brunei untuk lawatan rasmi dua hari - Utusan Malaysia

Perdana Menteri tiba di Brunei untuk lawatan rasmi dua hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR SERI BEGAWAN – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei di sini untuk memulakan lawatan rasmi dua hari ke Brunei Darussalam.

Pesawat yang membawa Perdana Menteri dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali serta rombongan mendarat kira-kira pukul 4.25 petang dan ketibaan mereka disambut oleh Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota, Al-Muhtadee Billah.

Ini adalah lawatan rasmi kedua Mahathir ke negara Asia Tenggara selepas Indonesia dan ia merupakan sebahagian daripada siri lawatan pengenalan beliau setelah menyandang kembali jawatan Perdana Menteri pada 10 Mei lepas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebaik tiba, Mahathir dijadualkan untuk menghadiri majlis perjumpaan dengan rakyat Malaysia di Hotel Rizqun International di sini pada sebelah malam.

Pada keesokkan hari pula beliau dijangka mengadap Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman disusuli dengan Majlis Santapan Tengah Hari yang dihoskan baginda. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini