PUTRAJAYA 21 Sept. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan mengadakan lawatan kerja selama lima hari ke United Kingdom (UK) bermula hari ini. Menurut Kementerian Luar, lawatan kerja itu akan diadakan secara berturut-turut dengan lawatan Perdana Menteri ke New York, Amerika Syarikat bagi menghadiri Mesyuarat Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang Ke-73. “Lawatan ini merupakan yang pertama Perdana Menteri ke UK dan rantau Eropah sejak menyandang semula jawatan tersebut.…










