Perak tempah slot ke suku akhir Piala Malaysia - Utusan Malaysia

Perak tempah slot ke suku akhir Piala Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Perak menempah slot ke suku akhir Piala Malaysia selepas menumpaskan pendahulu Kumpulan A, Terengganu Football Club I (TFC I) 2-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini sebentar tadi.

Bagi TFC I pula, biar pun tewas kali pertama dalam saingan Piala Malaysia musim ini, ia tidak menjejaskan skuad tersebut yang sudah pun layak ke peringkat suku akhir lebih awal.

Penyerang import Perak, Gilmar Jose Da Silva muncul wira selepas meledak kedua-dua gol buat skuad Bos Gaurus.

Memuatkan artikel berkaitan…

Skuad kendalian Mehmed Durakovic berada di hadapan selepas Jose Da Silva berjaya melepaskan diri daripada perangkap offside sebelum melepaskan rembatan yang menewaskan penjaga gawang tuan rumah, Mohd. Suffian Rahman pada minit ke-21.

TFC I kemudiannya menyamakan kedudukan 1-1 menerusi tandukan tajam penyerang, Abdul Malik Mat Ariff pada minit ke-82.

Begitu pun skuad Bos Gaurus tidak berputus asa dan berhasil mendapatkan jaringan kemenangan daripada sepakan lencongan tajam Jose Da Silva yang sekali lagi menewaskan Mohd. Suffian pada minit ke-86. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini