Perak akan lancar modul poligami - Utusan Malaysia

Perak akan lancar modul poligami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan memperkenalkan modul poligami sebagai langkah untuk memberi penerangan tentang tanggungjawab dan persediaan kehidupan berpoligami.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, modul po­ligami itu tidak bermaksud untuk menggalakkan lelaki berkahwin lebih daripada satu.

Katanya, modul itu lebih menjurus kepada aspek pencerahan mengenai poligami yang dibenarkan mengikut situasi tertentu dalam hukum syarak.

Beliau berkata, persediaan berpoligami dan undang-undang berkaitan yang terkandung dalam modul itu diharap dapat memberi kefahaman mengenai konsep sebenar perkahwinan ber­kenaan yang kadangkala se­ring diberi tanggapan buruk sebagai ingin berseronok-seronok.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN