SETIU – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi koma setelah merempuh sekawan lembu yang tiba-tiba melintas jalan dalam kemalangan di Jalan Merang berhampiran Stesen Minyak Petronas Merang dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 2 petang itu, Anuar Abd. Rahim (gambar kecil), 49, menunggang motosikal jenis Ducati Diavel bersama 20 peserta konvoi lain sebelum gagal mengelak dua ekor lembu.
Pelanggaran turut menyebabkan dua ekor haiwan yang dirempuh Anuar itu mati.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris berkata, sewaktu kejadian, Anuar yang berasal dari Kuala Lumpur bersama konvoinya dalam perjalanan untuk menikmati makan tengah hari di sebuah restoran di Penarik dekat sini.
“Difahamkan mangsa dan isterinya yang juga menunggang sebuah motosikal berkuasa tinggi lain jenis Ducati Monster berada di bahagian paling belakang dalam konvoi terbabit yang sebelum itu telah berhenti di Batu Rakit, Kuala Nerus.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











