SETIU – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi koma setelah merempuh sekawan lembu yang tiba-tiba melintas jalan dalam kemalangan di Jalan Merang berhampiran Stesen Minyak Petronas Merang dekat sini kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 2 petang itu, Anuar Abd. Rahim (gambar kecil), 49, menunggang motosikal jenis Ducati Diavel bersama 20 peserta konvoi lain sebelum gagal mengelak dua ekor lembu. Pelanggaran turut menyebabkan dua ekor haiwan yang dirempuh Anuar itu mati. Ketua…











