Penting Islam tidak ditonjolkan sebagai agama bengis, hukuman berat - PM - Utusan Malaysia

Penting Islam tidak ditonjolkan sebagai agama bengis, hukuman berat – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kabinet berpandangan adalah penting Islam tidak ditonjolkan sebagai agama yang bengis dengan hukuman berat menanti umatnya yang melakukan kesalahan, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata demikian susulan kes dua wanita dihukum sebat enam kali di khalayak ramai di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu pada Isnin lepas setelah mengaku bersalah melakukan hubungan seks sejenis di dalam sebuah kereta di Dungun, 8 April lepas. 

“Amatlah penting kita menunjuk agama Islam ini bukanlah agama yang bengis yang suka menjatuhkan hukum-hukum yang berat yang mengaibkan orang,” katanya ketika menyampaikan pandangan kerajaan Pakatan Harapan berhubung perkara itu melalui media sosial hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau menegaskan ini bukan cara-cara yang digalakkan oleh agama Islam.

“Ini adalah pendapat Kabinet. Kerajaan dan kami berharap kita berhati-hati dalam mempamerkan Islam (seolah-olah) sebagai agama yang tidak ada tolak ansur, tidak ada bertimbang rasa,” katanya. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini