Penolong Kanan HEM didakwa pecah amanah, palsukan dokumen RM11,550 - Utusan Malaysia

Penolong Kanan HEM didakwa pecah amanah, palsukan dokumen RM11,550

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) bakal berhadapan hukuman penjara sehingga 648 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 48 pertuduhan palsukan dokumen dan pecah amanah melibatkan wang berjumlah RM11,550 lima tahun lalu.

Tertuduh, Mohamad Romzi Zahari, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim S. Indra Nehru.

Mengikut 24 pertuduhan, tertuduh yang merupakan Penolong Kanan HEM di Sekolah Kebangsaan Rancangan Penempatan Semula (RPS) Kemar, Gerik didakwa pecah amanah selepas mengambil wang RM11,550 untuk kegunaan sendiri di pejabatnya di sekolah berkenaan antara Julai hingga September 2013.

Memuatkan artikel berkaitan…

Wang berkenaan merupakan sebahagian daripada RM349,650 yang merupakan peruntukan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin bagi tahun 2013 yang sepatutnya diserahkan kepada 24 penjaga murid sekolah itu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Mohamad Romzi turut didakwa atas 24 pertuduhan memalsukan dokumen iaitu Borang Akuan Penerimaan Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin bagi tahun 2013 ke atas 24 murid terbabit dengan niat supaya dokumen palsu tersebut digunakan bagi tujuan menipu di lokasi dan masa yang sama.

Bagi pertuduhan tersebut, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini