Penjenayah lari tinggalkan isteri - Utusan Malaysia

Penjenayah lari tinggalkan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Tindakan seorang lelaki yang cuba meloloskan diri secara merbahaya daripada pemeriksaan polis membawa padah apabila isteri­nya cedera akibat terkena tembakan dilepaskan polis di kawasan Bayu Damai, Kota Tinggi kelmarin.

Dalam kejadian pukul 8 malam itu, suspek berusia 28 tahun itu meninggalkan isterinya sendirian dalam kereta dengan menahan kesakitan akibat terkena tembakan tersebut.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, kejadian berlaku semasa polis sedang me­lakukan operasi sebelum mengesan sebuah kereta jenis Proton Wira yang dinaiki kedua-dua suspek dipercayai terlibat dalam beberapa kes jenayah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semasa polis hendak membuat pemeriksaan ke atas kereta itu, suspek kemudiannya bertindak agresif dengan cuba me­langgar beberapa anggota polis.

“Tindakan suspek tersebut telah menyebabkan anggota polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan di mana dua daripada kena pada isteri ­suspek yang berusia 40 tahun yang duduk di bahagian penumpang hadapan,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini