Peniaga makanan dalam talian, cedera dipukul, dibakar - Utusan Malaysia

Peniaga makanan dalam talian, cedera dipukul, dibakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 9 Sept. – Seorang peniaga makanan dalam talian cedera parah setelah dipercayai dipukul dan dibakar dalam satu pergaduhan di tepi jalan di kedai Eco di Jejawi di Arau dekat sini, hari ini.

Kejadian pada pukul 4.45 petang itu mengakibatkan mangsa yang berusia 30 tahun, melecur teruk di bahagian muka.

Difahamkan sebaik sahaja selepas kejadian, mangsa pulang ke rumahnya di Kuala Perlis sebelum dikejarkan ke wad kecemasan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintenden Nanda Maarof ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tampil menghubungi balai polis berdekatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN