Peniaga diingat tidak naikkan harga barang susulan pelaksanaan SST - Utusan Malaysia

Peniaga diingat tidak naikkan harga barang susulan pelaksanaan SST

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Para peniaga diingatkan agar tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga sesuka hati susulan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula hari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen berkata, berdasarkan indeks harga pengguna (CPI) melibatkan 521 barangan yang sering dibeli pengguna, hanya 38 peratus dikenakan cukai berbanding 60 peratus ketika cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

“Pihak penguatkuasa KPDNHEP akan memantau harga barangan yang dijual untuk memastikan tidak berlakunya manipulasi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tindakan boleh diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dengan melihat perbandingan margin keuntungan terdahulu dengan terkini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas tinjauan mesra ke syarikat minuman, Sundrop Fruit Juices Sdn. Bhd. di bawah sektor perkilangan (Makanan & Minuman) sempena pelaksanaan SST Peringkat Negeri Sarawak di sini tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini