KUALA LUMPUR 6 Sept. – Pakatan Harapan (PH) menggesa pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong untuk menghalang MCA daripada memenangi kerusi DUN berkenaan. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, MCA juga tidak layak mendapat sokongan rakyat kerana mereka mengambil pendirian cauvinis yang hanya berjuang untuk satu kaum. “Mereka menuduh saya mengkhianati masyarakat Cina walaupun saya menegaskan bahawa sebagai Menteri Kewangan, saya utamakan diri saya…










