KUALA LUMPUR 4 Sept. – Kembali aktif selepas melahirkan anak sulung, Siti Aafiyah, kira-kira lima bulan lalu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terus unggul apabila pengikutnya dalam laman sosial Instagram (IG) semakin meningkat.
Mencecah 5.5 juta orang pengikut, Siti, 39, sempat memberikan ucapan terima kasih dalam istimewa buat pengikut setianya yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya dan perkongsiannya.
“Terima kasih followers tersayang. Semoga perkongsian cerita saya di sini memberi kebaikan dan inspirasi.
“Baik jadikan tauladan, buruk jadikan sempadan. Terima kasih untuk 5.5 juta pengikut Instagram saya,” ucapnya.
Selain Siti, terdapat beberapa orang lagi selebriti terkenal Malaysia yang mempunyai lebih daripada 5 juta pengikut dalam IG.
Antaranya ialah Neelofa yang memiliki pengikut paliing ramai iaitu 5.6 juta, Nora Danish (5.4 juta) dan Zizan Razak (5 juta). – UTUSAN ONLINE











