KUALA LUMPUR 6 Sept. – Kerajaan dan pihak berkepentingan perlu mengeluarkan satu peraturan yang lebih jelas terhadap penggunaan bitcoin supaya ia tidak mendatangkan kesan lebih buruk kepada rakyat Malaysia. Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Muzaffar Syah Mallow berkata, ini kerana masyarakat di negara ini masih keliru mengenai status penggunaan bitcoin yang boleh mewujudkan masalah memandangkan ia hanya boleh dikesan dan dipantau oleh pihak-pihak…










