BARU-BARU ini dilaporkan bahawa kira-kira 6.58 juta kaki persegi (611,302 meter persegi) ruang sewaan yang melibatkan 10 pusat beli-belah akan memasuki pasaran peruncitan di Lembah Klang pada separuh kedua tahun 2018. Angka tersebut sememangnya membimbangkan kerana pelbagai pihak beranggapan bahawa Lembah Klang memerlukan lebih banyak ruang hijau dan infrastruktur komuniti berbanding struktur batuan. Bukan itu sahaja, sikap pengguna yang lebih berhati-hati dalam membuat pembelian, khususnya dalam keadaan ekonomi yang mencabar…










