KUALA LUMPUR – Hari pertama pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) semalam menyaksikan kebanyakan barang tidak mengalami peningkatan harga. Selain itu, masih ada peniaga menjual barang stok lama yang diperoleh semasa tempoh sifar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan sejak tiga bulan lalu. Penawaran diskaun bagi barang-barang terpilih juga menyebabkan pengguna belum merasai perubahan harga. Tinjauan Kosmo! di pasar raya Tesco Extra Ampang, AEON AU2 dan Giant Setiawangsa mendapati…










