MINGGU lalu seorang pengawal Masjid Putra, Putrajaya menjadi bualan netizen apabila mengakui dirinya fasih bertutur dalam tujuh bahasa. Lelaki tersebut yang hanya memperkenalkan diri sebagai Khairul memberitahu, dia mula menjadi pengawal keselamatan di masjid tersebut lebih setahun lalu dan kini berjaya menguasai tujuh bahasa iaitu Mandarin, Vietnam, Korea, Jepun, Thailand, Parsi dan Inggeris. “Saya berasal dari Kelantan. Sebelum ini saya hanya bercakap dalam dialek Kelantan yang cukup pekat dan sukar…










