IPOH – Seorang pengawal keselamatan yang dipercayai menembak mati rakan sekerjanya di Seri Iskandar baru-baru ini mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki senjata api tanpa kebenaran di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Tertuduh, Mohd. Halin Jabar, 52, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Murtazadi Amran. Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memiliki sepucuk pistol jenis semi auto dengan nombor siri 83451 tanpa kebenaran yang sah…










