KUALA LUMPUR 3 Sept.- Penarikan diri pengarah filem Kalla:Hidup atau Mati, Wan Hasliza Wan Zainuddin tidak memberi kesan kepada pihak produksi Little Film untuk meneruskan promosi. Menurut penerbitnya, Datuk Dr. Suhaimi Ibrahim, dia akur dengan keputusan yang dibuat pengarah tersebut biarpun proses pembikinan filem tersebut sudah selesai. “Kemelut antara pihak produksi dan pengarah itu telah pun diselesaikan dengan cara baik. Dia akhirnya membuat keputusan untuk menarik diri tanpa desakan individu…










