KANGAR – Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Dr. Hazman Hassan cedera pada pipi kirinya akibat ditetak seorang perompak menggunakan sebilah pedang samurai di kediamannya di Jalan Kampung Guru di sini kelmarin.
Menurutnya, siasatan awal mendapati perompak yang merupakan seorang suspek lelaki berusia 30-an telah menceroboh rumah dua tingkat mangsa melalui balkoni tingkat atas menggunakan tangga.
“Pintu balkoni itu didapati tidak ditutup dengan sempurna menyebabkan suspek dapat memasuki biliknya. Selepas Hazman terlihat suspek, pergelutan berlaku antara mereka sebelum lelaki terbabit menetak mangsa dengan sebilah pedang samurai.
“Suspek yang panik kemudiannya melarikan diri ke kawasan semak berhampiran rumah Hazman dan hanya sempat mengambil sebuah telefon pintar dan dompet milik mangsa,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar di sini semalam.











