TAIPING – Seorang penganggur lelaki berusia 24 tahun ditahan di rumah sewanya selepas dipercayai terlibat dengan pengedaran dadah di Simpang di sini semalam. Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib berkata, dalam serbuan pada pukul 6.45 itu, polis merampas tiga plastik hitam mengandungi dadah jenis heroin seberat 1.3 kilogram dan empat paket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis methamphetamine seberat 35 gram. “Kesemua dadah tersebut dipercayai diedarkan di sekitar Taiping…










