ALOR SETAR 7 Sept. – Seorang penganggur direman tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan kes merogol anak kandungnya yang berusia 20 tahun, kelmarin. Perintah reman yang bermula hari ini hingga Khamis depan itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret, Nabilah Md. Ruslan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd. Ismail Ibrahim berkata, lelaki berusia 46 tahun itu ditangkap di…










