Pengalaman tangkap patin saiz gergasi - Utusan Malaysia

Pengalaman tangkap patin saiz gergasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS – Sekumpulan pemancing di Kampung Tok Sangkut di sini bermandi peluh lebih sejam semalam untuk mendaratkan se­ekor ikan patin buah seberat 150 kilogram (kg).

Menurut wakilnya, Mohd. Ghazali Daud, 62, ikan tersebut berjaya ditangkap kira-kira pukul 12.30 tengah malam de­ngan menggunakan kaedah candik di kawasan Sungai Lubok Jong berhampiran Kampung Teresek di sini.

Candik merupakan sejenis pukat panjang yang dipasang merentangi sungai.

Berita tangkapan ikan pa­tin buah itu turut menggemparkan penduduk di sekitar Pasir Mas apabila orang ramai berpusu-pusu untuk melihat sendiri haiwan saiz gergasi itu di Su­ngai Lubok Jong.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN