KUALA LUMPUR 28 Sept. – Penduduk dari beberapa taman perumahan di sekitar Bukit Sentosa, Rawang, Selangor berharap ada pihak sudi untuk membantu menyiapkan projek pembinaan sebuah masjid bagi menampung keperluan kira-kira 30,000 orang beragama Islam. Pengerusi Projek Pembinaan Masjid Bukit Sentosa 3, Meor Samsudin Meor Hassan berkata, pembinaan masjid di atas sebidang tanah seluas kira-kira 1.2 hektar itu sudah pun mendapat kelulusan daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 2011…










