Penduduk naikkan ikan patin seberat 150kg - Utusan Malaysia

Penduduk naikkan ikan patin seberat 150kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS – Seekor ikan patin buah seberat 150 kilogram (kg) berjaya didaratkan oleh sekumpulan penduduk Kampung Tok Sangkut, Meranti di sini tengah malam tadi.

Wakilnya, Mohd. Ghazali Daud, 62, berkata, ikan tersebut berjaya ditangkap kira- kira pukul 12.30 tengah malam dengan menggunakan kaedah candit di Sungai Lubok Jong, Kampung Teresek.

Menurutnya, mereka mengambil masa lebih sejam untuk menarik ikan berkenaan ke tebing sungai menggunakan tali.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini merupakan tangkapan ikan patin besar yang pernah kami dapat. Sejujurnya tangkapan ini amat mengejutkan semua,” katanya.

bb
Sehingga kini, sebanyak 120kg ikan tersebut telah dijual kepada penduduk setempat.

Mohd. Ghazali memberitahu, hasil tangkapan itu dijual pada harga RM15 sekilogram kepada penduduk kampung.

Katanya, sehingga kini sebanyak 120kg ikan tersebut telah dijual kepada penduduk setempat.

“Baki daripada ikan tersebut diagihkan kepada rakan-rakan yang telah terlibat dalam kerja-kerja tersebut,” ujarnya. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini