MELIHAT warga emas yang sanggup berjalan kaki dari jauh untuk mendapatkan rawatan kesihatan percuma benar-benar runtun hati Nur Hidayah Mohd. Assabri, 22. Dia yang berasal dari Johor Bahru, Johor merasakan, penduduk di Malaysia sepertinya begitu beruntung kerana memiliki peluang mendapatkan rawatan dengan mudah. Hatinya terdetik begitu selepas menyaksikan ramai penduduk di Bajitpur iaitu sebuah perkampungan di Dhaka, Bangladesh berjalan kaki untuk ke pusat pemeriksaan kesihatan yang ditawarkan. “Sekurang-kurangnya lawatlah Bangladesh…

 
								 
											









