KUALA LUMPUR 23 Sept. – Penantian kira-kira 1,000 penduduk Kampung Sungai Miri di Labuan mendapat sebuah masjid akhirnya tercapai apabila Surau al-Hijrah di kampung tersebut dinaik taraf selepas menunggu hampir 20 tahun. Pengerusi merangkap Ketua Pertubuhan Bukan Kerajaan Antarabangsa, Datuk Dr. Mustapha Ahmad Marican berkata, pihaknya membantu dalam proses penaiktarafan masjid tersebut dalam usaha menarik generasi muda ke rumah ibadat. “Apabila surau ini dijadikan masjid yang paling penting kita menarik…










